Dengan Bismillah mula bicara,
Awal kata salam mesra,
Guru ingin meluah rasa,
Pada hari guru yang bahagia,
Wahai pelajar tolong dengari,
Keluhan kami guru sejati,
Tak mau lihat pelajar rugi,
Tak mau pelajar rasa menyesal nanti.
Bukan kami ingin mengata,
Tapi sekadar nasihat saja,
Yang baik jadikan gula-gula,
Untuk dimakan ketika periksa.
Setiap hari ada temu janji,
Dengan pelajar tugas hakiki,
Harap pelajar dapat mengerti,
Belajar itu amat dituntuti.
Kadang-kadang ada pelajar,
Masuk kelas tak mau belajar,
Apabila guru sedang mengajar,
Matanya celik tapi tak sedar-sedar.
Bila guru asyik menegur,
Dia angguk macam tetegur,
Buku latihan dia tak hantar,
Nak tipu cikgu bibir bergetar.
Kadang-kadang cikgu tiada,
Tinggal kerja pada pelajarnya,
Para pelajar buat-buat lupa,
Bila tanya tinggal rumah jawabnya.
Ada pelajar tak mau berubah,
Perangai lama dibawa pindah,
Terlupa dia dah tukar sekolah,
SMK Lailatul Shahreen yang indah.
Setengah pelajar asyik terlupa,
Dalam seminggu berapa sabtu ahadnya,
Sering tak hadir tanpa sebabnya,
Seolah sekolah shopping kompleknya.
Guru mengajar dia main-main,
Nota tak tulis fikirkan ke lain,
Bila periksa dia tertinggal,
Markah sedikit sering dipersoal.
Guru juga dipersalahkan,
Bila pelajar selalu gagal,
Ibu bapa sering menyoal,
Konon anaknya memanglah handal.
Ada ibu bapa datang kesekolah,
Berjumpa guru minta bertanya,
Anaknya lemah cikgu buat apa,
Anaknya gagal cikgu biar saja.
Betapa kecewa hatinya guru,
Buat macam-macam pelajar tak ambil tahu,
Bukan nak salah ibu dan bapa,
Pelajar sendiri tidak diberitahu.
Wahai pelajar yang dikasihi,
Sedarlah akan diri sendiri,
Masa depan sendiri rugi,
Tidak berbaloi ilmu cikgu beri.
Setiap hari penolong kanan berpesan,
Jangan lupa pada pelajaran ,
Kerusi rosturam dan tapak perhimpunan,
Dah tak larat nak dengarkan.
Namun pelajar tak ingat pesan,
Bumi dipijak tidak perasan,
Itulah sebab segala pesanan,
Menjadi igauan di kesiangan.
Wahai pelajar jika budiman,
Ubah perangai dan tingkah laku,
Hidup ini umpama perjuangan,
Sempitlah kehidupan jika tidak berilmu.
Semua guru banyak berkorban,
Untuk pelajar masa hadapan,
Ilmu diberi tak terkirakan,
Namun pelajar sedikit tak heran.
Guru mengajar pagi dan petang,
Habis di kelas sambung di padang,
Mentari timbul hingga terbenam,
Namun pelajar tak pernah bimbang,
Kadang kala anak guru di rumah,
Kelaparan kerana lambat makan,
Guru di sekolah sibuk melayan ,
Kerenah pelajar yang keterlaluan.
Aduhai guru orang budiman,
Tiada keluhan
kedengaran,
Tiada ganjaran tiada sumbangan,
Kenaikan statik setiap hujung tahun.
Namun guru tetap bersabar,
Harap tak lari gunung dikejar,
Semoga Allah memberi rahmat,
Tidak pada kita pada zuriat.
Guru berkorban apa sahaja,
Itu pun pelajar buat tak cakna,
Hari guru tak dapat apa-apa,
Bukan nak minta cuma nak luah rasa.
Hari ini guru bahagia,
Sekiranya pelajar ubah perangainya,
Pada guru apalah ada,
Hanya ilmu dan pendidikan semata.
Ada pelajar baik dan berusaha,
Semua pelajaran skor A belaka,
Setiap semesta tak pernah kecewa,
Guru mengajar rasa bahagia.
Kepada pelajar sekalian,
Nazam ini jadikan ingatan,
Jika ingin mencapai kejayaan,
Ubahlah fiil perangai kalian.
Kepada semua warga sekolah,
Mohon maaf terlebih madah,
Nazan ini kali penyudah,
Minta semua pelajar berubah.
Mana terlebih mohon maafi,
Bukan tujuan untuk mempromosi,
Kalau ada niat dalam hati,
Berilah tanda sebagai menghargai.
Sekian saja nazamnya saya,
Hari guru semua bahagia,
Pelajar juga harus gembira,
Merai cikgu pada harinya.
Hasil nukilan,
Pn. Siti Esah Musa, 2011
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
888casino Hotel Las Vegas Tickets - Ticketmaster
ReplyDeleteBuy 888casino Hotel Las Vegas tickets at Ticketmaster.com. 오산 출장샵 Find and sell all 888casino 경산 출장마사지 Hotel 구미 출장안마 Las Vegas 거제 출장마사지 event schedules, venue 원주 출장안마 information, directions,