Friday, 22 August 2014

Majlis Perasmian Sekolah



Majlis perasmian dan pertukaran nama sekolah daripada SMK Padang Behor kepada SMK Tuanku Lailatul Syahreen, mengambil sempena nama Tuanku Puan Muda Perlis telah dilangsungkan dalam majlis yang gilang gemilang pada tanggal 21 Jun 2011. 

Upacara perasmian sekolah telah disempurnakan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,  Raja Perlis. Duli Yang Maha Mulia Tengku Fauziah binti Al-marhum Tengku Abdul Rashid,  Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Syed Faizuddin Putra Jamalullail,  Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis bersama-sama berangkat ke majlis ini. 


Turut hadir dalam majlis bersejarah tersebut ialah wakil Kementerian Pelajaran, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Md. Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Exco), Pengarah JPN Perlis, Pegawai-pegawai Ikhtisas JPN dan para pengetua serta guru besar seluruh sekolah di negeri Perlis.

No comments:

Post a Comment