Friday, 22 August 2014

Majlis Perpisahan & Perintisan


Setelah beroperasi di SMK Syed Hassan selama hampir 6 bulan, majlis perpisahan SMK Syed Hassan dan SMK Padang Behor telah diadakan pada 13 Oktober 2010. Sempena majlis perpisahan ini, Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Pengetua SMK Syed Hassan, Encik Azni bin Man dan Pengetua SMK Padang Behor, Encik Abdul Aziz bin Abdullah, dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis, Tuan Mansor bin Lat. MOU ini adalah perjanjian untuk menjalankan kolaborasi di bawah Integrasi Sukan Akademik dengan prinsip “Smart Partnership” sebagai sekolah kembar, mulai 13 Oktober 2010.

Mulai 13 Oktober 2010, secara rasminya SMK Padang Behor beroperasi dengan terlaksananya Majlis Perintisan Operasinya, yang disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Perlis, Tuan Mansor bin Lat, secara simbolik  dengan meletakkan lencana sekolah di pintu masuknya.
               

Majlis Perintisan sekolah ini bermula dengan peristiwa penuh bersejarah apabila kesemua pelajar  dan guru sekolah ini, yang menumpang di SMK Syed Hassan berkonvoi beramai-ramai sejauh 3 kilometer ke SMK Padang Behor. Dengan diiringi anggota polis trafik, mereka menggunakan pelbagai kenderaan termasuk bas, van, kereta, motosikal dan basikal. Peristiwa bersejarah ini turut disaksikan oleh para tetamu yang terdiri daripada pengetua-pengetua dari sekolah di seluruh negeri Perlis dan Pegawai-pegawai Ikhtisas Jabatan Pelajaran Perlis.

1 comment: