Alhamdulillah, rezeki cikgu-cikgu SMKTLS sentiasa murah. Kerap sangat ada sahaja guru-guru yang bermurah hati mengadakan kenduri atau jamuan untuk rakan-rkan guru dan staf yang lain. Saban hari pasti ada saja makanan di atas meja rehat guru. Paling kurang pun kacang goreng, kerepek, biskut tawar dan lain-lain.
Kali ini, admin nak share kenduri Ustazah Rohani dan Cikgu Rospazliana. Meriah makanannya sampai semuanya menghadapi tahap kekenyangan melampau.
Ketupat dan rendang tajaan Cikgu Rospazliana
Inilah tempat cikgu-cikgu menjamu selera.
Kusyuk sungguh Cikgu Amirul menikmati makanan
Menanti penuh sabar giliran menyenduk makanan
Semoga jalinan ukhwah yang terjalin dalam kalangan guru-guru SMKTLS akan sentiasa berkekalan selamanya...